Duit FPX masuk terus ke akaun anda
Sambungkan akaun ToyyibPay anda sendiri. Kami tak pegang duit pelanggan anda. Kalau pelanggan tak bayar dalam 15 minit, slotnya dibuka semula untuk orang lain.
untuk kedai gunting, spa, tuisyen & lain-lain
Satu link untuk kedai anda. Letak di bio Instagram atau hantar di WhatsApp. Pelanggan pilih slot kosong, bayar FPX, dan tempahan terus masuk senarai anda.
Buka link, tetapkan servis, kongsi. Itu sahaja.
Sambungkan akaun ToyyibPay anda sendiri. Kami tak pegang duit pelanggan anda. Kalau pelanggan tak bayar dalam 15 minit, slotnya dibuka semula untuk orang lain.
Slot yang dah diambil terus hilang dari pilihan.
Satu tekan, mesej peringatan dah siap ditulis.
Tak perlu pasang apa-apa. Pelanggan pun tak perlu download app.
Pereka multimedia dari Ampang, berlatar belakang Reka Bentuk Multimedia di UniKL MIIT. TempahKE dibina supaya kedai kecil boleh terima tempahan dengan mudah, tanpa perlu balas WhatsApp satu-satu.
Percuma 7 hari pertama. Tak perlu kad kredit.
Untuk kedai seorang yang terima bayaran di kaunter.
RM50 / bulan
Pelanggan bayar FPX atau deposit semasa tempah.
RM150 / bulan
Pilih pakej semasa daftar. Tukar bila-bila masa di tab Langganan.
Terus ke akaun ToyyibPay kedai anda sendiri. TempahKE tak pegang duit pelanggan anda.
Boleh. Pelanggan tetap boleh tempah slot dan bayar di kedai. Sambung ToyyibPay kemudian bila anda bersedia.
Tidak. Pelanggan buka link anda di telefon, pilih servis dan slot, dan siap. Tak perlu daftar akaun.
Anda dapat emel sebelum tamat. Kalau tak sambung langganan, halaman tempahan ditutup sementara sehingga anda bayar. Data tempahan anda kekal.
Tiada kontrak. Langganan dibayar setiap 30 hari dan tidak dipotong automatik. Kalau tak mahu teruskan, jangan sambung.
Pelanggan boleh tukar masa atau batal sendiri melalui link dalam tiket tempahan mereka. Slot yang dibatalkan terus dibuka semula.
Buka link tempahan kedai anda sekarang. Percuma 7 hari.