untuk kedai gunting, spa, tuisyen & lain-lain

Pelanggan tempah sendiri. Anda fokus buat kerja.

Satu link untuk kedai anda. Letak di bio Instagram atau hantar di WhatsApp. Pelanggan pilih slot kosong, bayar FPX, dan tempahan terus masuk senarai anda.

Cipta link tempahan Lihat apa yang anda dapat
Contoh: pelanggan pilih servis dan slot, kemudian dapat tiket tempahan.

Semua yang kaunter anda perlukan.

Buka link, tetapkan servis, kongsi. Itu sahaja.

Duit FPX masuk terus ke akaun anda

Sambungkan akaun ToyyibPay anda sendiri. Kami tak pegang duit pelanggan anda. Kalau pelanggan tak bayar dalam 15 minit, slotnya dibuka semula untuk orang lain.

Tiada tempahan bertindih

Slot yang dah diambil terus hilang dari pilihan.

Ingatkan pelanggan di WhatsApp

Satu tekan, mesej peringatan dah siap ditulis.

  • Ikut waktu kedai andaWaktu buka, hari tutup dan tempoh setiap servis.
  • Bayar di kedai pun bolehBelum ada ToyyibPay? Pelanggan tetap boleh tempah.

Mula terima tempahan hari ini.

Daftar kedai, masukkan servis dan waktu buka. Link tempahan anda terus aktif. Pelanggan tak perlu download app atau buat akaun.

Link kedai anda

tempahke.com/k/nama-kedai

Kongsi di mana pelanggan anda berada:

Dibina oleh orang yang boleh anda WhatsApp terus. Pengasas.

Pereka multimedia dari Ampang, berlatar belakang Reka Bentuk Multimedia di UniKL MIIT. TempahKE dibina supaya kedai kecil boleh terima tempahan dengan mudah, tanpa perlu balas WhatsApp satu-satu.

Muhammad Ifwat, pengasas TempahKE
Muhammad IfwatPengasas TempahKE

Harga jelas, tiada kontrak.

Percuma 7 hari pertama. Tak perlu kad kredit.

Asas

Untuk kedai seorang yang terima bayaran di kaunter.

RM50 / bulan

  • Link tempahan & kod QR
  • 1 staf
  • Peringatan pelanggan di WhatsApp
  • Senarai pelanggan & laporan
  • Kupon, ulasan & senarai menunggu
  • Bayaran FPX online
Cuba percuma

Penuh

Pelanggan bayar FPX atau deposit semasa tempah.

RM150 / bulan

  • Semua dalam Asas
  • Ramai staf, pelanggan boleh pilih staf
  • Bayaran FPX terus ke akaun ToyyibPay anda
  • Deposit untuk kurangkan pelanggan tak datang
Cuba percuma

Pilih pakej semasa daftar. Tukar bila-bila masa di tab Langganan.

Soalan lazim

Duit bayaran pelanggan masuk ke mana?

Terus ke akaun ToyyibPay kedai anda sendiri. TempahKE tak pegang duit pelanggan anda.

Saya belum ada akaun ToyyibPay. Boleh guna?

Boleh. Pelanggan tetap boleh tempah slot dan bayar di kedai. Sambung ToyyibPay kemudian bila anda bersedia.

Pelanggan saya perlu download app?

Tidak. Pelanggan buka link anda di telefon, pilih servis dan slot, dan siap. Tak perlu daftar akaun.

Apa jadi lepas tempoh percuma tamat?

Anda dapat emel sebelum tamat. Kalau tak sambung langganan, halaman tempahan ditutup sementara sehingga anda bayar. Data tempahan anda kekal.

Ada kontrak? Boleh berhenti bila-bila?

Tiada kontrak. Langganan dibayar setiap 30 hari dan tidak dipotong automatik. Kalau tak mahu teruskan, jangan sambung.

Macam mana kalau pelanggan nak tukar atau batal tempahan?

Pelanggan boleh tukar masa atau batal sendiri melalui link dalam tiket tempahan mereka. Slot yang dibatalkan terus dibuka semula.

Penat balas "slot kosong tak?" setiap hari?

Buka link tempahan kedai anda sekarang. Percuma 7 hari.